SMSPP Homepage

You are here:Home arrow Profil arrow Sejarah Sekolah
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • green color
  • blue color
Sejarah SMSPP PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 06 January 2009

Terletak kira-kira 37 km dari Kota Bharu dan 7 km dari Bandar Pasir Puteh.

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP) telah dibuka pada 01 Januari

1998.Merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ketiga di negeri Kelantan

dan SBPenuh Puteri yang pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia .

 

Sekolah ini terletak di atas tapak seluas 18.6 hektar ( 62 ekar).Ia menampung

tiga blok bangunan sekolah (bilik darjah) dan pentadbiran, empat blok asrama

dan Dewan Makan, Bengkel Kemahiran Hidup, Musalla, Makmal Komputer,

Makmal Sains, Dewan Besar, kantin, Taman Herba,Wetlands,Taman Refleksi,

15 unit kuaters guru dan 6 unit kuaters pekerja serta satu dusun buahan .

 

Kemudahan sukan yang disediakan ialah seperti gelanggang bola keranjang,

badminton, tenis, bola tampar, squash dan petanque serta tiga padang

permainan untuk hoki, bola jaring dan bola baling.Termasuk juga trek 400

meter untuk olahraga, sebuah astaka dan satu setor sukan .

 

Seperti 54 buah Sekolah Berasrama Penuh lain di Malaysia, SMSPP juga

dibekalkan dengan tiga buah kenderaan untuk keperluan pelajar dan sekolah

iaitu sebuah bas, coaster dan van.

 

Pada tahun 1999 iaitu selepas lebih kurang setahun penubuhannya, SMSPP

telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 88 buah sekolah di seluruh

Negara untuk menjalani program Projek Rintis Sekolah Bestari .

 

SMSPP mula menerima pelajar sulung seramai 25 orang dalam tingkatan satu

dan tingkatan empat pada 4 Mac 1998. Pemilihan pelajaradalah berdasarkan

pencapaian cemerlang UPSR dan PMR.

 

Kumpulan pertama seramai 119 orang pelajar SMSPP menduduki peperiksaan

SPM pada tahun 1999. Puteri-puteri sulung berjaya mencatat kelulusan 100%

lulus.

Kumpulan perintis PMR pula adalah pada tahun 2000 dengan calon seramai

157 orang. Kumpulan ini berjaya mencatat kelulusan 100% lulus. Seramai 60

orang berjaya mencapai 8A dan 76 orang lulus 7A.

 

Pengetua dan penolong-penolong kanan yang pernah dan sedang berkhidmat di

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ialah :

 

Pengetua:

Pn. Hjh. Maznah bt. Abd. Rashid                                      (Mei 1998 - 15.8.2001)

Pn. Hjh. Zainon bt. Syed Ahmad                                        (16.8.2001- 1.5.2003)

Pn. Hjh. Radziah bt. Mohd. Ab. Rahman                          (16.10.2003 - 18.6.2007)

Pn. Hjh. Wan Shamsiah bt. Yahya                                    (1.7.2007 - sekarang)

 

Penolong Kanan Pentadbiran:

Tn. Hj. Hamdi bin Awang                                                    (1.1.1998 - 1.1.2000)

Tn. Hj. Hashim @ Harun bin Noor                                    (1.1.2000 - 22.7.2001)

Tn. Hj. Jaafar bin Ismail                                                     (1.8.2001 - 1.10.2001)

Pn. Noraini bt. Ariffin                                                          (1.1.2002 - sekarang)

 

Penolong Kanan HEM:

Pn. Shamshiayati bt. Ismail                                              (16.3.1998 - 1.3.2003)

Pn. Aida Suzanna bt. Kamaruddin                                   (1.9.2003 - 31.12.2004)

Pn. Hjh. Rashidah bt. Ab. Rahman                                   (1.3.2005 - sekarang)

 

Penolong Kanan Kokurikulum:

Tn. Hj. Abd. Nasir bin Nik Abd. Rahman                          (1.4.2003 - 31.12.2004)

En. Rozaidi bin Abd. Majid                                                (16.1.2005 - sekarang)

 

Yang Dipertua PIBG:

Tn. Hj. Muhammad bin Dullah                                          (Sesi 1998 / 1999)

Dato' Mohd. Shokri bin Abdullah                                     (Sesi 1999/20(0)

Dr. Hj. Mohd. Shukri bin Othman                                      (Sesi 2000 / 2001)

Dr. Azaki bin Ishak                                                               (Sesi 2002 / 2004)

Tn. Hj. Halim bin Haron                                                      (Sesi 2004 - sekarang)
Last Updated ( Tuesday, 06 January 2009 )
 
< Prev   Next >

Aluan

 

Merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh,Kementerian Pelajaran Malaysia.Menjadi SBP ketiga di Negeri Kelantan selepas SMSTM Faris Petra dan SM Sains Machang.

 
Bezanya,SMSPP adalah sekolah puteri sepenuhnya yang dibuka pada tahun 1998. Terletak di Pasir Puteh,Kelantan berdekatan Hutan Simpan Jeram Pasu.
                                     
Hubungi kami:
                 SM Sains Pasir Puteh,
                 16800 Pasir Puteh,
                 Kelantan.
                 Tel : 09 7860031 / 7861624    
                 Fax : 09 7867315

                 email

                           1. This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it    atau

                           2. This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it    atau   This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
 

         
 

 

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
Lihat Kalendar Penuh